Saturday, July 14, 2012

tak reti reti lagi?



Allah bagi kita dua pilihan dalam hidup, syurga atau neraka? Okay macam ni lah, cuba lepas ni, duduk sorang sorang di masjid atau surau. Tinggalkan dulu phone, laptop, earphone dan apa jua gadget yang kita ada. Mula zikir, Ya Latif. Zikir banyak kali. Pejam mata, cuba bayangkan semua nikmat yang Allah dah bagi pada kita. Allah hadirkan ibu bapa kita, ahli keluarga, sahabat handai. Allah limpahkan rezeki pada kita, Allah beri kita kemudahan, Allah beri kita kesihatan. Cuba bayangkan, tengah tengah kita ketawa gembira, tiba tiba dapat panggilan, orang yang kita sayang, meninggal dunia. Apa perasaan kita masa tu? Sedih?

Tarik nafas dalam dalam, dan hembus semula. Ucapkanlah "Alhamdulillah, sehingga kini, aku masih dapat bernafas, aku masih ada peluang bertaubat. Aku masih ada masa untuk jadi baik, aku berpotensi untuk membantu ummah" 
 
copiedandpasted.



nikmat yang Allah dah bagi tu banyak sangat kan? then kita yang berpijak di atas bumi ciptaan Allah nie tak reti reti jugak nak bersyukur. sering leka dengan keindahan dunia yang sebenarnya hanyalah ujian bagi kita. keindahan yang sebenar adalah di syurga ^^ istighfarlah ~ astaghfirullahal'azim .. seriously, lepas bace ayat atas nie, rasa nak menangis sangat. banyak sangat nikmat Allah yang kita dah terleka. tak reti nak bersyukur! tamak! bongkak! :'(  manusia biasa, memang tak pernah nak kenal erti 'cukup'. nak lebih je. tak reti nak bersyukur dengan ape yang ada . astaghfirullahal'azim .. Allah dah tunjukkan kasih sayang-Nya , belas kasih-Nya kepada diri nie, tapi ? apa yang kita dah buat untuk dekatkan diri kepada Pencipta ? apa? apa? kemungkaran pun kita tak cegah. dahtu cemana? hmm.. Alhamdulillah Ya Allah aku masih dapat bernafas hari ini, masih dapat melihat dunia, masih diberi kesihatan yang baik, masih berpeluang untuk berkata2, masih dikurniakan kedua ibu bapa, masih segala2nya lahh . kalau nak senarai nikmat Allah memang tak tersenarai.. terlalu lalu lalulahh banyakkk . maka, kita sebagai hamba Allah yang kerdil nie, seharusnya . ehh, bukan seharusnyaa, semestinya, sewajibnya mengucapkan Alhamdulillah . supaya kita dikenali sebagai seorang hamba yang tidak bongkak dengan nikmat2 Allah. semua ini kepunyaan-Nya. tiada satu pun milik kita. hanya pinjaman semata. so jgn nak belagak sangat . setakat nie je perkongsian hari nie. moga dapat input. saya tak reti untuk mengupas lebih mendalam. cukuplah akal kita sendiri memikirkan (:  baca dengan hati . jangan cuma membaca dengan mata dan tidak dapat apa-apa . tiada guna, buang masa ~ maaf andai terkasar bahasa. maafkan segala dosa saya. (:  doakan kejayaan saya dan rakan seperjuangan (f3 2012) dalam pmr! trial dah dekat >.<

sekian, renung2kan dan selamat beramal! ^^ Assalamualaikum! take care, may Allah bless you . jangan lupa ucapkan Alhamdulillah setiap hari ^^

 
p/s: awak, terima kasih sangatsangatsangat bagi blog tuh. sangat  bnyk input dlm tuh. bersyukur dapat baca. maafkan saya atas kesalahan saya selama nie. doakan kejayaan bersama ^^