Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 21, 2011

i love him so much !

iloveyousomuch !..


DAD ! 

#copied , edited n pasted dari facebook .

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ?


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yg mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yangg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yg letih, ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? #mydadalwaysdothis . terutama time cuti :)

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah or kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 

# tadi , ayah baru je balik kerja . tetiba ayah amek sembur lipas n terus sembur . dia tahu anak dia nie geli lipas , sebelum anak dia nie jerit , dia dah sembur dulu dah , padahal  anak dia tak perasan langsung ada lipas kat situ . 


ILOVEYOU DAD ! 

No comments:

Post a Comment